Penduduk Sungai Lui dan Hulu Langat diperintah ‘berkurung’

1454

Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, berkuat kuasa hari ini hingga 13 April.

Sungai Lui Hulu Langat

Ini adalah PKPD kedua selepas arahan sama dikeluarkan untuk dua kawasan di Simpang Renggam, Johor.



Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan PKPD dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ada 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan itu.

Dengan pelaksanaan perintah ini:

· Semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan itu tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

· Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

· Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

· Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

· Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

· Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

· Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here