Renault Relax tawarkan promosi bateri dan tayar, lanjut tempoh jaminan waranti untuk PKP

1049

Para pelanggan Renault kini ditawarkan dengan kempen ‘Renault Relax’ yang memberikan lebih penjimatan sepanjang tempoh semasa dan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Renault Relax

Renault Relax menawarkan penjimatan kepada para pelanggan Renault ke atas dua komponen penting iaitu tayar dan bateri.



Untuk penjimatan tayar, ianya hanya sah kepada pemilik Captur dan Fluence. Para pelanggan yang membuat yuran ‘lock-in’ RM100 bermula 15 April hingga 15 Mei 2020 akan mendapat penjimatan sebanyak 25 peratus iaitu RM345 untuk satu unit tayar.

Pelanggan boleh mendapatkan tawaran tayar ini dengan menempah dan membuat bayaran secara dalam talian menerusi Renault E-Store di www.renault.com.my. Penebusan tawaran itu boleh dibuat bermula dari 15 Mei hingga 31 Ogos 2020.

Yuran tempahan itu akan dipotong daripada invois keseluruhan ketika ia ditebus. Promosi ini hanya tertakluk kepada tayar ContiEco Contact 5 205/55R17 dan stoknya adalah terhad. 

Selain itu, sepanjang tempoh kempen yang bermula 15 Mei hingga 31 Ogos 2020, semua pelanggan Renault akan menerima servis imbangan untuk dua unit tayar dan ke atas secara percuma.

Untuk bateri pula, TC Euro Cars (TCEC) ada menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus untuk penukaran bateri kereta. Tawaran ini hanya sah untuk bateri Atlas BX yang dibeli sehingga 30 Jun 2020.

Lanjutan berikutan PKP

Bagi pelanggan yang terpaksa menangguhkan servis kenderaan berikutan pelaksanaan PKP, TC Euro Cars (TCEC) telah mengumumkan beberapa langkah penting:

  • Lanjutan masa servis sehingga 28 Mei 2020 ke atas semua kenderaan Renault yang perlu diservis di antara 18 Mac hingga 28 April 2020. Semua temu janji servis akan dilanjutkan sehingga 30 hari untuk diselarikan dengan selang servis mereka.
  • Lanjutan 30 hari sehingga 28 Mei 2020 untuk semua jaminan yang tamat sepanjang tempoh PKP
  • Lanjutan tempoh operasi semua pusat servis Renault adalah seperti berikut:

Pusat Servis Renault Petaling Jaya

·         Isnin – Jumaat: 7.30am – 9pm

·         Sabtu: 8.30am – 7pm

·         Ahad: 10am – 7pm

Pusat Servis Renault yang lain

·         Isnin – Jumaat: 8.30 am – 8 pm

·         Sabtu: 8:30am – 5pm

*Tempoh operasi mungkin berbeza mengikut lokasi

Senarai penuh pusat servis sah Renault boleh didapati di https://www.renault.com.my/showroom-service-centres.

Perkhidmatan Concierge 

Para pelanggan boleh memohon perkhidmatan dari pintu ke pintu dalam kawasan Lembah Klang sejauh 30km dari pusat servis. Kini, perkhidmatan hantar dan pulang kereta yang diservis ada ditawarkan sepanjang serta selepas tempoh PKP.

Pelanggan boleh mengatur temujanji servis mereka secara dalam talian dengan mendaftar satu akaun Renault E-Store di www.renault.com.my.

Pelanggan yang ingin menempah slot servis boleh berbuat demikian menerusi perkhidmatan concierge Renault E-Store atau hubungi talian 1800-18-8663 (Isnin – Ahad, 8 pagi – 8 malam).

Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here