Jimat RM7,000 jika anda beli Ford Ranger WildTrak hari ini hingga 31 Mei 2020

1941

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan bermulanya promosi Ford Ranger WildTrak dari hari ini hingga 31 Mei 2020.

  1. Rebat RM7,000 untuk Ford Ranger WildTrak

Sepanjang tempoh promosi ini, para pelanggan yang membeli Ford Ranger WildTrak yang dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo berpeluang mendapat penjimatan rebat tunai bernilai RM7,000.



Ford Ranger WildTrak menampilkan pelbagai teknologi pintar yang unggul dan memberikan keupayaan tahan lasak di samping penambahan kepada perincian yang tiada pada segmen trak pikap.

  1. Promosi rangkaian Ford Ranger XLT

Sepanjang tempoh promosi ini juga, para pelanggan berpeluang merebut Promosi Rangkaian Ford Ranger XLT. Penjimatan ditawarkan sehingga RM9,000 untuk Ranger XLT 2.2L, RM8,000 untuk Ranger XLT Special Edition dan RM7,188 untuk XLT Plus.

Semua model Ford Ranger dilindungi dengan waranti penuh pengeluar selama 3 tahun atau sehingga 100,000km, yang mana dahulu.

  1. Selidik dan beli Ford Ranger anda secara online

Selaras dengan inisiatif digital SDAC-Ford, para pelanggan yang berminat dengan promosi-promosi ini boleh terus menghubungi Jurujual Digital Ford di antara jam 9 pagi – 4 petang pada hari Isnin- Jumaat.

Pelanggan hanya perlu menghubungi talian WhatsApp +6019-204 1200 untuk memulakan perbualan di mana semua pertanyaan akan dilayan dalam masa 24 jam ataupun pelanggan juga boleh melayari laman web www.sdacford.com.my

Jurujual Digital Ford bertujuan untuk menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan pembelian kenderaan termasuk tentang produk, promosi yang terkini dan juga senarai harga.

Ia bertindak sebagai saluran yang menghubungkan pelanggan dengan jurujual berdaftar Ford yang terdekat, untuk memberi khidmat nasihat berkenaan ketersediaan stok, promosi bilik pameran, pilihan pembiayaan pinjaman, cukai jalan dan yuran pendaftran kenderaan serta pilihan insuran, melalui talian WhatsApp, Email atau panggilan telefon untuk pelanggan yang lebih suka berurusan secara maya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here