Hafizh Syahrin Abdullah: “Terima kasih KBS”

1332

Hafizh Syahrin Abdullah mengakui berasa lega dengan dana yang disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membantunya mengharungi saingan Moto2 pada musim ini.

Hafizh Syahrin Abdullah KBS

Jelas pelumba Angel Neito itu, berikutan berita terbaru ini, ia meningkatkan motivasi dirinya untuk lebih fokus pada perlumbaan sebenar apabila saingan bersambung kelak selepas ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 ketika ini.



“Alhamdulillah, saya sudah pun bercakap dengan pihak KBS. Insya-Allah dalam masa terdekat KBS akan menyalurkan dana itu menerusi SIC (Litar Antarabangsa Sepang).

“Sekarang saya boleh terus kekal fokus menjalani latihan ringan di rumah terlebih dahulu. Berita terbaru ini membolehkan saya tidak perlu lagi memikirkan soal kewangan.

“Terima kasih kepada KBS dan penaja lain yang banyak membantu saya. Sudah tentu saya akan melakukan yang terbaik untuk saingan musim ini.

“Soal berapa jumlah dana itu, tidak perlulah saya dedahkan. Apapun saya berharap segala-galanya akan kembali pulih seperti biasa dan dapat meneruskan perlumbaan di MotoGP,” katanya.

Hafizh Syahrin Abdullah KBS

KBS berkata, dana tersebut akan diserahkan melalui SIC sebagai badan pemantau program pembangunan sukan permotoran di negara ini.

KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sudah memaklumkan perkara itu kepada Hafizh Syahrin Abdullah mengenai kelulusan penyaluran dana bagi membantu menampung kos perlumbaannya bermula bulan lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here