Covid-19: Semua penghantar makanan perlu jalani ujian saringan kesihatan

1575

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba dalam tempoh perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pekerja penghantar makanan yang berkhidmat dengan syarikat e-hailing atau dilakukan secara individu perlu menjalani saringan kesihatan sebelum dibenarkan memulakan operasi.

saringan kesihatan penghantar makanan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara tersebut diputuskan hari ini dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP.



“Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat e-hailing yang beroperasi, manakala bagi restoran makanan segera, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengeluarkan arahan sama.
 

“Bagi kawasan luar bandar dan bandar-bandar kecil iaitu di kawasan syarikat e-hailing tidak beroperasi, pengusaha makanan boleh menggunakan khidmat penghantaran (delivery service) syarikat lain ataupun individu.

“Penghantar makanan (rider di bandar kecil) perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka juga perlu menjalani saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan atau klinik swasta berdekatan.

“Syarat yang dikenakan ini bagi memastikan keselamatan semua pihak termasuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here