BMW tempah 5,000 robot untuk kilang pengeluaran

3028

Syarikat pembuat robotik dari Jerman iaitu KUKA, telah mengumumkan bahawa syarikat pengeluar kenderaan iaitu BMW telah menempah 5,000 robot dari mereka untuk kilang pengeluaran mereka.

robot BMW

Menurut KUKA, kesemua robot yang ditempah tersebut akan digunakan dalam pembuatan badan kereta di kilang antarabangsa BMW.



Untuk pengetahuan, selama lebih dari 40 tahun, BMW telah menggunakan teknologi automasi dari KUKA.

“Kami gembira dengan kesinambungan kerjasama ini,” kata Peter Mohnen, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KUKA.

Untuk tahun 2020, KUKA berkata cabaran persekitaran yang mencabar mungkin berlaku kerana seluruh dunia kini dilanda oleh pandemik Covid-19

“Pandemik ini menghadirkan cabaran yang baru kepada masyarakat dan ekonomi di seluruh dunia,” kata Mohnen.

Untuk makluman, KUKA kini dikendalikan oleh syarikat China iaitu MIDEA, yang sahamnya diambil alih pada tahun 2017 pada 94.55 peratus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here