MotoGP: Valentino Rossi rancang buka muzium di kampung halaman

2066

Juara dunia 9 kali, Valentino Rossi yang kini beraksi bersama pasukan Yamaha telah berkongsi mengenai masa depannya dalam kerjaya MotoGP.

Valentino Rossi motogp

“Saya mahu mengharungi beberapa perlumbaan musim ini untuk memahami adakah saya masih kompetitif dan kemudian mengambil keputusan jika mahu terus berlumba pada 2021,” katanya.



Rossi juga berkongsi perancangannya untuk membuka sebuah muzium.

“Kami sedang merancang mengumpulkan segala yang terbaik sepanjang karier saya. Ramai yang hadir ke kampung saya di Tavullia dan sudah pasti lebih menarik jika dapat dibina sebuah muzium di sana,” katanya lagi.

Pengakuan ini dibuat menerusi sesi secara langsung menerusi Instagram bersama bekas bintang bola sepak, Christian Vieri.

Untuk pengetahuan, Valentino Rossi mula melibatkan diri dalam perlumbaan MotoGP pada tahun 2000, dimana pada ketika itu dia mewakili pasukan Nastro Azzurro Honda. Setelah 4 tahun bersama pasukan tersebut, Rossi telah menyertai pasukan Yamaha Factory Racing Team pada tahun 2004.

Valentino Rossi ketika menyertai pasukan Nastro Azzurro Honda

Setelah 8 tahun, Rossi pula menyertai pasukan Ducati pada tahun 2011 dan 2012 sebelum kembali bersama pasukan Yamaha Factory Racing Team pada tahun 2013 hingga kini.

Menerusi sesi Instagram Live tersebut, berdasarkan penampilannya dalam saingan MotoGP, Christian Vieri melabelkan Rossi sebagai pelumba terbaik sepanjang zaman. Rossi walau bagaimanapun menafikannya dan merendah diri.

“Saya tidak pasti jika saya adalah terbaik sepanjang zaman. Mungkin salah seorang yang terbaik,” kata Rossi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here