Perangi Covid-19, Valentino Rossi sumbang dana untuk hospital di Itali

1191

Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Valentino Rossi mengambil keputusan untuk membantu menangani Covid-19 dengan menyumbang dana untuk Hospital Marche Nord, di Pesaro, Itali.

dana untuk hospital

Covid-19 telah menjejaskan banyak negara di seluruh dunia dan musim MotoGP 2020 dengan beberapa siri perlumbaan yang dijadualkan telah dibatalkan.



“VR46, bersama-sama dengan beberapa usahawan dari Marche, telah memberikan sumbangan kepada persatuan ‘Together for Marche Nord’, untuk membeli topeng muka untuk Hospital Marche Nord.

“Rossi juga menasihati rakyat Itali untuk mematuhi peraturan kerajaan tempatan dan menjemput sesiapa sahaja untuk menyumbang bagi membantu mereka yang sedang terlibat dalam keadaan rumit pada masa ini,” kata wakil dari Rossi.

Francesco Bagnaia

Selain itu, pelumba pasukan Pramac Racing, Francesco Bagnaia dan kelab peminatnya juga turut memberi sumbangan. Bagnaia telah memberi sumbangan kepada Hospital Molinette, Turin, Itali. 

“Saya bersama Pecco Fan Club telah memutuskan untuk membuka kempen pengumpulan dana, yang akan disumbangkan kepada badan amal (Torino Città della Salute), dan akan diserahkan kepada Hospital Molinette di Turin untuk membantu memerangi virus Corona,” kata Bagnaia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here