Perodua Myvi menerima sentuhan GR? Sumpah tak cari lain!

10848

Toyota Yaris mungkin bukan model paling mengujakan dalam segmennya, tetapi Toyota mengubah persepsi itu dengan pengenalan versi GRMN supercaj pada 2017.

Pada Tokyo Auto Salon (TAS) awal tahun ini, Toyota mendedahkan versi prestasi iaitu GR Yaris. Dengan 257hp dan 360Nm dari enjin turbo 1.6-liter, ia merupakan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia.



Tetapi bagaimana pula kalau Perodua Myvi yang menerima sentuhan GR. Gambaran itu diilhamkan oleh The Ajerul yang sudah tidak asing lagi di negara ini yang menghasilkan lakaran menarik di Malaysia.

Kali ini, beliau menghasilkan GR Myvi yang diilhamkan menerusi model GR Yaris.

Berdasarkan lakaran itu, Perodua Myvi menerima bampar GR Yaris dan ia kelihatan sangat ‘ngam’ serta menarik.

Rim dan padanan brek juga diambil daripada GR Yaris sebelum dipadankan pada model Myvi berkenaan.

Cuma, ia sekadar lakaran sahaja. Jika ia benar-benar wujud, semestinya menjadi model paling sporty dan garang buat Perodua Myvi.

Sebelum ini, Perodua pernah mengejutkan masyarakat Malaysia dengan memperkenalkan model konsep menerusi Myvi GT ini ditayangkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Penampilan itu cukup idea untuk kaki ubah suai kereta anda untuk jadikan jentera anda lebih tampak agresif dan menarik.

Sehingga kini, Perodua masih lagi menimbangkan sama ada untuk menghasilkan jentera itu atau sebaliknya.

Pada masa sama, Perodua turut memaklumkan sedang mengkaji cara mengeluarkan Myvi GT lebih mampu milik. Ini kerana untuk menghasilkan sebuah model seperti konsep Myvi GT di KLIMS 2018 itu akan menjadi terlalu mahal.

Ini disebabkan jenis dan tahap komponen yang digunakan oleh Myvi GT seperti sistem brek Brembo, rim 17-inci dan bahan Alcantara di dalam kabin.

Mungkin model yang akan dihasilkan tidak 100 peratus serupa seperti konsep itu, tetapi Perodua sedang berusaha menghasilkannya. Tetapi untuk serupa seperti konsep di KLIMS, tidak mungkin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here