Kakitangan Petronas sumbang gaji RM6.4 juta untuk tabung Covid-19

419

Kakitangan Petronas bersatu menderma sebanyak RM6.4 juta menerusi inisiatif sumbangan gaji sukarela. Dana ini akan disalurkan kepada Tabung Covid-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

covid-19 petronas

Sumbangan itu disasarkan untuk menambah dana NADMA ke arah memerangi pandemik ini, khususnya sumbangan barangan keperluan dan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk pekerja barisan hadapan serta sukarelawan.

Kempen derma ini membolehkan kakitangan memperuntukkan sebarang jumlah sumbangan melalui penolakan automatik gaji bulanan.

Bermula dengan sumbangan daripada pengurusan kanan Petronas yang menderma 10 peratus daripada gaji pada April dan Mei 2020, inisiatif tersebut mendapat sokongan padu dari 9,000 kakitangan dengan RM6.4 juta berjaya diraih.

Sumbangan gaji kakitangan itu adalah tambahan kepada pelbagai sumbangan Petronas yang disalurkan melalui unit operasi perniagaan dan anak syarikatnya di Malaysia serta seluruh dunia, dimana keseluruhannya berjumlah RM31.4 juta setakat 17 April lalu.

Sumbangan gaji kakitangan menjadikan keseluruhan usaha Petronas memerangi Covid-19 berjumlah RM37.8 juta.

Jumlah keseluruhan itu termasuk peralatan perubatan kritikal serta bekalan bernilai RM20 juta bagi membantu usaha barisan hadapan di hospital dan pusat penjagaan kesihatan yang disumbangkan oleh Yayasan Petronas pada 23 Mac lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here