Harga RON95 dan RON97 kekal murah, diesel turun lagi 3 sen!

1216

Harga bahan api masih kekal rendah untuk minggu 25 April hingga 1 Mei 2020, dengan RON95 dan RON97 kekal sama, dan diesel mengalami penurunan 3 sen.

Trend ini sebenarnya sama dengan minggu lepas (18 hingga 24 April) dimana RON95 dan RON97 kekal, manakala diesel turun 3 sen.



Bermula tengah malam ini, harga bahan api akan dijual seperti berikut:

  • RON95: RM1.25 (tidak berubah)
  • RON97: RM1.55 (tidak berubah)
  • Diesel: RM1.40 (turun 3 sen)

Kami jangkakan minggu depan atau dua minggu lagi, harga bahan api ini semua akan kembali meningkat kerana harga minyak mentah dunia telah dilaporkan meningkat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here