Covid-19: Permohonan Gerak Malaysia boleh dibuat mulai esok

1396

Orang ramai yang berada di kampung dan berhasrat untuk pulang ke ibu kota boleh mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia bermula esok.

Gerak Malaysia

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka juga perlu mengemaskini permohonan pada 29 April bagi mengesahkan destinasi perjalanan.



“Pada 1 Mei semua pemohon boleh menyemak status yang dibuat dalam talian berkenaan dan tempoh pergerakan antara negeri yang dibenarkan adalah antara 1 hingga 3 Mei.

“Bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Plus, diingatkan bahawa tiada sebarang kemudahan makanan akan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R), surau ditutup dan tidak dibenarkan melakukan aktiviti solat berjemaah di kawasan R&R.

“Hanya fasiliti tandas awam sahaja dibenarkan beroperasi, selain pengguna tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali ingin menggunakan tandas awam,” katanya. 

Huzir berkata, stesen minyak juga akan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam di sepanjang lebuhraya berkenaan.

“Individu yang dibenarkan melakukan pergerakan juga dilarang melakukan aktiviti secara berkumpulan sepanjang tempoh kebenaran perjalanan.

“Semua kebenaran adalah melalui aplikasi Gerak Malaysia, namun bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi boleh membuat permohonan bertulis di mana-mana balai polis. Akan tetapi, keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pengguna aplikasi berkenaan,”katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here