PKP: ‘Saya Jual Tudung Sebab Nak Beli Susu & Pampers Anak’ – Coretan pada kadbord cetus kesedihan

2148

Sudah lebih sebulan dan kini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal memasuki fasa keempat bermula 29 April sehingga 12 Mei ini bagi memerangi penularan wabak Covid-19.

jual tudung

Dalam tempoh itu, ada juga yang kehilangan sumber pendapatan kerana segelintir daripada mereka bekerja disektor yang tidak dibenarkan oleh kerajaan dalam tempoh PKP ini.



Namun, ia tidak mematahkan semangat saudara kita ini untuk mencari sumber pendapatan  yang halal demi kelangsungan hidup hariannya. 

Seperti yang dikongsikan oleh Alin Taharin, satu situasi yang boleh mencetuskan kesedihan berikutan melihat seorang lelaki jual tudung dengan menggunakan motosikal.

Difahamkan situasi itu berlaku di sebuah stesen minyak, dan apa yang mencetuskan kesayuan adalah tulisan pada kadbord dengan sangat menyentuh hati.

“Saya Jual Tudung Sebab Nak Beli Susu & Pampers Anak”

Ramai warganet memuji tindakan lelaki itu yang masih berusaha untuk menyara keluarga di rumah.

Buat mereka di luar sana, jika melihat sesiapa yang menjual di tepi jalan. Marilah kita sama-sama membantu dengan membeli produk mereka. Sekurang-kurang, kita dapat membantu mereka untuk terus hidup dalam keadaan yang tidak stabil ketika ini.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here