4 kereta paling ringan di dunia yang pernah dihasilkan

3014

Selalunya, terdapat dua faktor kepada penghasilan kereta yang mempunyai berat paling ringan.

Faktor pertama ialah seperti yang dikatakan oleh Colin Chapman iaitu jurutera, pereka bentuk dan pengasas Lotus; berat yang ringan pada suatu kenderaan dapat membantu meningkatkan prestasi sesebuah kereta.



Keduanya ialah kereta yang ringan ini akan menjimatkan bahan api, dimana semakin rendah beban dikenakan pada enjin, semakin berkurang bahan api yang digunakan. 

Selama bertahun-tahun, penghasilan kereta dengan berat yang ringan ini semakin sukar untuk dilakukan. Ini kerana, ia berkaitan dengan faktor keselamatan kemalangan dan ciri keselamatan yang wajib perlu ada pada sesebuah kereta.

Pada masa kini, McLaren berkata bahawa mereka telah menghasilkan kereta paling ringan. Akan tetapi, mereka belum mengumumkan berat keseluruhan jentera tersebut. Ini kerana pada era kereta moden, ciri keselamatan wajib perlu disertakan pada sesebuah kereta seperti beg udara dan struktur pelanggaran.

Ini bermakna, tidak mungkin McLaren Elva menjadi kereta keluaran era moden paling ringan yang pernah dibuat, tetapi mungkin boleh bersaing dengan kereta-kereta yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Berikut adalah 4 buah kereta dengan berat paling ringan pernah dihasilkan:

1) LCC Rocket 1991-1998 (386 kg)

Lightweight Car Company (LCC) adalah syarikat yang menghasilkan kereta dengan berat paling ringan. Syarikat yang diketuai oleh Gordon Murray dan Chris Croft hanya menghasilkan model LCC Rocket 1991-1998.

Mereka menghasilkan kereta dari bahan yang ringan sehingga menghasilkan berat keseluruhan hanya 386kg. Kereta dengan dua tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin 1,000cc dari Yamaha yang mampu menghasilkan 143hp atau 165hp bergantung kepada spesifikasinya.

LCC Rocket dapat bergerak dari 0-100km/j dalam masa 4.4 saat. Jentera ini juga dihasilkan hanya 55 unit.

2) Renault Twizy 2012-2020 (450 kg)

kereta paling ringan

Renault Twizy adalah kereta elektrik dengan berat hanya 450kg jarak jarak pemanduan hanya sekitar 72km.

Kereta ini mempunyai diameter sepanjang 2.3m dan lebar hanya 1.4m. Twizy dijual di sekitar Eropah dengan harga €6,990 (RM32,970).

Twizy adalah kenderaan elektrik plug-in terlaris di Eropah pada tahun 2012 ketika pertama kali memasuki pasaran. Sejak tahun 2018, khabar angin mengenai kereta ini akan tiba di Amerika Syarikat untuk perkhidmatan ride-sharing, tetapi ianya belum ada sehingga hari ini. 

3) Fiat 500 1957–1975 (500 kg)

kereta paling ringan

Sebelum Mini menjadi tumpuan ramai, kereta kecil yang mendominasi dan diminati ramai pada zamannya ialah Fiat 500. Nama kereta ini bukan diilhamkan dari beratnya iaitu 500kg, tetapi ianya diambil dari enjin yang digunakan, iaitu enjin 479cc yang dibundarkan kepada 500cc.

Berat yang ringan dari kereta ini dapat diperoleh dari enjin 2-silinder yang digunakan. Sejak Perang Dunia II hingga tahun 1976, Fiat 500 mencatatkan jualan hampir 3.5 juta unit.

Jentera ini dilahirkan semula pada tahun 2007. Tetapi, ia hadir dengan berat yang lebih berat dan menggunakan enjin 4-silinder serta dilengkapi dengan ciri keselamatan dan kemudahan seperti kebanyakan kereta sekarang. 

4) De Tomaso Vallelunga 1964–1968 (500 kg)

kereta paling ringan

Kereta paling ringan seterusnya berasal dari Itali, iaitu De Tomaso Vallelunga keluaran tahun 1964–1968. Ia dikuasakan oleh enjin dari Ford.

Tidak seperti model Pantera V8, Vallelunga disertakan dengan enjin empat silinder 1.5-liter yang lebih biasa dilihat di Ford Cortina. Pada masa itu, enjin Kent Ford sangat popular di sukan permotoran yang digunakan oleh De Tomaso Vallelunga bersama dengan badan aluminium dan casis space frame yang menghasilkan berat keseluruhan hanya 500kg.

Kereta ini mampu bergerak dari 0-100km/j dalam masa 6.0 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 250km/j. De Tomaso Vallelunga dihasilkan hanya sebanyak 55 unit dan hanya dijual melalui lelongan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here