PKP: Pusat servis Mitsubishi terpilih mula beroperasi, temujanji sahaja, tidak dibenar tunggu di premis

1663

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia memulakan operasinya di beberapa pusat servis terpilih bermula hari ini.

Operasi itu pusat servis mula dibuka selepas mendapat persetujuan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).



Pelanggan yang mahu melakukan servis dan penyelanggaraan kenderaan, mereka perlu menghubungi pusat servis MMM terdekat. Bagaimanapun, dalam usaha memastikan pusat servis tempat yang selamat, pelanggan dan kakitangan perlu mengikuti langkah keselamatan seperti berikut:

  • Hanya temujanji sahaja, walk-in tidak dibenarkan.
  • Penerimaan kereta tanpa sentuhan.
  • Pick-up dan drop-off sahaja, pelanggan tidak dibenarkan menunggu di premis.
  • Pemeriksaan suhu dan penggunaan topeng muka untuk semua pelanggan dan kakitangan.
  • Pembersih tangan boleh didapati di pintu masuk pusat perkhidmatan.
  • Kenderaan akan dibersihkan sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Keterangan lanjut boleh menghubungi Mitsubishi Assist 24Hours di 1-800-88-2166 / 03-21610246 atau melayari www.mitsubishi-motors.com.my/.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here