Covid-19: Tesla raih keuntungan di tengah krisis kemelesetan ekonomi

1508

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk berkata bahawa Tesla memperoleh keuntungan di tengah penularan pandemik Covid-19 pada suku pertama tahun 2020.

Tesla Covid-19

Ia merupakan keuntungan suku ketiga berturut-turut yang dicapai oleh pengeluar kereta elektrik Amerika Syarikat tersebut. 



Pencapaian ini mengejutkan banyak pelabur kerana syarikat pengeluar kenderaan lain terjejas kerana penurunan permintaan dan penutupan kilang kerana pandemik Covid-19.

Kadar keuntungan Tesla diperoleh setelah Ford Motor Co. melaporkan kerugian pada suku pertama sebanyak USD 2 bilion (RM8.6b). Bahkan, Ford juga menganggarkan akan mengalami kerugian sebanyak USD 5 bilion (RM21.5b) pada suku kedua kerana Covid-19.

Sementara itu, General Motors Co. (GM) telah menangguhkan dividen dan pembelian semula saham dan akan melaporkan jumlah pendapatan mereka pada 6 Mei.

Pencapaian Tesla pada suku kedua dan sepanjang tahun ini akan menjadi ujian penting terhadap daya tahan syarikat.

Sekiranya Tesla dapat mengurangkan kadar kerugian, atau bahkan meneruskan kadar keuntungan dan mengungguli syarikat pengeluar kereta yang lain, mereka akan berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk mendominasi jualan dari pesaing lain yang terjejas kerana pandemik Covid-19.

Musk juga berkata, dia tidak tahu bilakah kilang Tesla yang terletak di California dapat beroperasi semula dan mengatakan pengguna yang tetap berada di rumah sebagai “risiko serius” untuk sebuah perniagaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here