Pusat Servis Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Sungai Buloh kembali beroperasi hari ini

5964

Pusat Servis Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Ibu Pejabat Sungai Buloh, Selangor akan mula beroperasi semula pada hari ini.

Pusat Servis Hong Leong Yamaha Motor

Pusat servis itu dibuka bermula dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang bermula hari Isnin sehingga Jumaat.



Buat masa ini, ia hanya dibuka untuk tujuan membaiki dan servis motosikal atau membuat tuntutan jaminan. Pusat Alat Ganti dan Kaunter Jualan Alat Ganti masih ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

Selain itu, pusat servis cawangan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Pahang masih lagi ditutup dan pembukaannya akan dimaklumkan kelak.

Sebelum ke sana, anda perlu membuat panggilan untuk temujanji terlebih dahulu dan walk-in tidak dibenarkan.

Pada masa sama, beberapa peraturan perlu diikuti bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja.

Untuk panggilan bagi temujanji, anda boleh hubungi:

HQ Sungai Buloh : 03-61577011 Ext 6650

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here