PKP: Porsche 4Kids sedia aktiviti interaktif untuk anak-anak di rumah

2151

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Berkurung (PKP) yang kini memasuki fasa ke-4, anak-anak kita pastinya sudah jemu di rumah bermain dengan permainan sama. Mereka juga pasti rindu berlari-lari di luar dengan kawan-kawan.

Situasi ini juga serupa berlaku di seluruh dunia. Di samping itu, ibubapa yang bekerja di rumah juga pasti berusaha mengimbangi tugasan bekerja sambil menjaga anak-anak.



Untuk itu, Porsche telah menyediakan Porsche 4Kids, satu pengalaman online percuma untuk semua kanak-kanak.

Hanya layari laman web www.porsche4kids.com, kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan boleh mendapatkan pelbagai aktiviti mewarna, mencari idea, permainan interaktif, teka-teki, puzzle dan banyak lagi.

Sambil bermain dan melalui pengalaman eksklusif Porsche, kanak-kanak akan dibawa oleh maskot Tom Targa dan Tina Turbo. Nama maskot pun dah ala-ala model Porsche!  

Porsche 4Kids bukan sahaja menghiburkan kanak-kanak dengan standard pembelajaran yang tinggi oleh Porsche, mereka juga akanboleh melatih tumpuan dan pembelajaran dengan bermain.

Bagi mereka yang mahu aktiviti offline juga boleh berbuat demikian dengan memuat-turun dan mencetak pelbagai kandungan untuk aktiviti mewarna.

Tidak kira anak anda meminati apa, pasti mereka jumpa sesuatu yang menarik. Ini termasuklah traktor Porsche, kereta lumba Formula-E, komik, atau permainan “Town, City, Porsche”.

Lebih menarik, terdapat cabaran e-mobiliti Porsche Museum dimana mereka boleh belajar mengenai elektromobiliti. Sebagai contoh, bagaimana motor elektrik berfungsi, simpanan tenaga eletrik dan sumber-sumber tenaga elektrik.

Dan kami rasa Porsche 4Kids ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu pupuk minat anak terhadap kereta sejak kecil.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here