Peguam gesa pemandu mabuk terima hukuman berat dan lesen dibatalkan seumur hidup

2935

Isu pemandu mabuk melanggar orang awam kerap kali menjadi topik hangat di dalam negara. Sudah beberapa kes berlaku dan kes terbaru melibatkan seorang anggota polis yang sedang bertugas dalam Ops Covid-19.

pemandu mabuk
Seorang anggota polis maut dilanggar pemandu mabuk ketika bertugas di sekatan jalan raya 5 Ops Covid-19.

Kebanyakkan mangsa yang dilanggar didapati meninggal dunia dan si pelaku masih mendapat hukuman yang tidak setimpal dengan apa yang dilakukan.

Kesalahan mereka tidak boleh diterima

Justeru itu, menerusi Bernama, Peguam Datuk N. Sivanathan menggesa agar lesen pemanduan mereka dibatalkan seumur hidup serta dikenakan hukuman yang berat.



Tambahnya lagi, sebarang alasan yang diberikan oleh pemandu mabuk tidak dapat diterima kerana menyebabkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.

“Pada masa sekarang, seseorang yang menyebabkan kematian ketika mabuk berdepan hukuman penjara tiga hingga 10 tahun serta denda RM8,000 hingga RM20,000.

“Saya berpandangan hukuman itu memadai tapi mungkin boleh ditimbang bersama-sama hukuman hilang kelayakan memandu seumur hidup bagi mereka yang disabitkan kesalahan,” katanya.

Mereka pentingkan diri sendiri

Selain itu, seorang lagi peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor pula menyarankan kerajaan meneliti hukuman lebih berat termasuk penjara bagi kesalahan itu sebagai satu bentuk pencegahan selain memberi keadilan kepada keluarga mangsa.

“Seolah-olah hukuman sedia ada tidak memadai untuk mencegah orang ramai daripada melakukan kesalahan itu.

“Individu terlibat tahu dia tidak dibenarkan memandu di bawah pengaruh alkohol kerana boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pihak lain. Namun, individu itu tidak mengendahkan perkara ini,” katanya.

1 KOMEN

  1. Assalamualaikum selamat pagi tuan/puan,, saya nak bertanya saya nak pergi ke kuala lumpur tetapi saya tidak mempunyai kenderaan sendiri.. ada kah tuan/puan boleh tolong saya untuk sampai ke destinasi yang saya tuju.. saya merayu sangat-sangat 😭😭😭

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here