Hanya dicas 10 minit, Ford Mustang Mach-E 2021 boleh mendapat jarak pemanduan 98km

1543

Persaingan untuk pengeluaran kereta elektrik semakin menarik dan kali ini giliran Mustang Mach-E untuk mempamerkan teknologi mereka. 

Mustang Mach-E

Syarikat pengeluar kenderaan dari Amerika Syarikat itu mendakwa jentera ini hanya memerlukan masa 10 minit pengecasan bateri untuk membolehkannya menempuh perjalanan sejauh 98 km.



SUV Mustang Mach-E akan menjadi pilihan yang menarik dan menjadi salah satu model terbaik untuk pilihan kereta elektrik pada masa kini.

Ini kerana selain reka bentuk dan prestasi, SUV Mustang berkuasa elektrik ini dikatakan hanya memerlukan 45 minit untuk mengecas 80 peratus bateri. 

Tambahan pula, SUV Mustang ini akan disertakan dengan sistem paucuan roda belakang dan pacuan semua roda. Untuk pacuan roda belakang, Mustang Mach-E dikatakan akan disediakan dengan motor elektrik pada roda belakang. Namun untuk pacuan semua roda pula, motor elektrik akan disertakan pada semua roda.

Untuk prestasi, varian standard untuk jentera ini dikatakan mampu menghasilkan sehingga 266hp dan 430Nm tork. Manakala untuk varian teratas, jentera ini berupaya menghasilkan 277hp dan 445Nm tork.

Sekiranya kapasiti bateri jentera ini penuh, ia dikatakan mampu bergerak sejauh 370km. Maklumat mengenai harga jentera ini masih belum didedahkan sehingga hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here