Volvo S60 T8 R-Design “Made in Malaysia” dilancar, RM295,888

2604

Volvo Car Malaysia hari ini telah memperkenalkan S60 T8 “Made in Malaysia” atau versi CKD dalam satu acara pelancaran online.

Sedan PHEV (plug-in hybrid) itu dijual pada harga RM295,888 iaitu harga yang sama seperti model CBU yang dilancarkan pada Oktober tahun lepas. Mengapa harga sama, anda tertanya-tanya?



Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia: “Kami memberikan harga CKD untuk produk CBU. Jadi sebab itu untuk model CKD ini pun tiada perubahan harga.”

Volvo S60 serba baharu menggabungkan binaan casis yang dibina untuk pengendalian dinamik dan powertrain yang cekap dan berkuasa.

Sedan yang segak ini hadir di Malaysia dalam varian T8 R-Design, dikuasakan dengan enjin pemenang anugerah iaitu T8 Twin Engine e-AWD plug-in hibrid dimana ia boleh menghamburkan jumlah keseluruhan kuasa sebanyak 407hp dan tork 640Nm.

Motor elektriknya menyalurkan 87hp dan tork 240Nm manakala enjin petrol Drive-E, yang dilengkapi dengan teknologi pengecas super dan pengecas turbo, menghasilkan 320hp dan tork 400Nm.

Ini diterjemahkan kepada kelajuan 0-100 km/j dalam hanya 4.4 saat. Volvo juga mendakwa S60 T8 ini mempunyai kecekapan bahan api sebanyak 2L/100km.

Terdapat juga pilihan mod pemanduan, Dynamic Chassis, sistem pacuan semua roda AWD dan Electric Rear Axle Drive (ERAD).

Volvo S6 dibina di atas platform SPA (Scalable Product Architecture), serta teknologi keselamatan dan infotainment dari model tertinggi iaitu siri 90 (S90 dan V90) dan XC60.

Dari segi penggayaan luaran, ia dilengkapi gril R-Design, lampu depan LED dengan lampu tinggi aktif, lampu belok aktif dan DRL LED, ekzos berkembar, cermin sisi hitam, dan rim aloi 19-inci 5-cabang berserta tayar 235/40.

Empat warna boleh dipilih; Crystal White Pearl, Fusion Red Metallic, Onyx Black Metallic dan Pebble Grey Metallic.

Volvo berkata S60 merupakan model paling mewah pernah dibinanya. Ia menggabungkan penggunaan bahan mewah serta sporti dari R-Design.

Bahagian dalaman Volvo S60 T8 CKD membawakan rekaan berkonsep Scandinavia, dengan balutan kulit Charcoal Fine Nappa Leather dan Open Grid Textile.

Sistem bunyi 14-speaker dikuasakan oleh Harman Kardon yang dipautkan ke sistem infotainment Sensus Connect yang juga menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Sebagai sebuah Volvo, tidak lengkaplah ia tanpa ciri keselamatan termaju dan canggih. Volvo S60 ini mendapat pakej keselamatan Intellisafe Preventive Safety, Protective Safety dan Child Safety.

Sistem Pilot Assist – yang menyokong pemandu dengan stereng, pecutan dan brek di atas jalan yang bertanda jelas sehingga 130km/j – telah dinaik taraf dengan prestasi membelok yang bertambah baik.

Volvo S60 T8 CKD juga dilengkapi Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation dan lain-lain sistem bantuan stereng serta Cross Traffic Alert.

Sebagai menyokong pelaksanaan PKP dan penjarakan sosial, Volvo S60 T8 CKD juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman web Volvo Car Malaysia sebagai alternatif lebih selamat dan SOP baharu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here