PKPB: PDRM tubuh pasukan khas kesan individu rentas negeri

1887

Berikutan dengan larangan rentas negeri untuk menyambut Aidilfitri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melanggar perintah berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan khas PDRM yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ditugaskan untuk melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.



“Arahan sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara).

“PDRM ada rekod siapa yang mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak,” katanya.

Sementara itu Abdul Hamid berkata, orang ramai yang mahu melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.

“Pergerakan rentas negeri boleh dilakukan, tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit dari pihak polis,” katanya.

pasukan khas PDRM

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri pada Sabtu, diarah untuk berpatah balik.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik ke kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata tindakan kompaun kini boleh dikenakan oleh PDRM ke atas individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here