PKPP: Boleh bawa penumpang bukan ahli keluarga dalam kereta persendirian

3282

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan membenarkan pemilik kereta persendirian membawa penumpang bukan ahli keluarga, atau bukan daripada rumah yang sama.

PKPP kereta persendirian

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, polisi bagi had bilangan penumpang turut dikekalkan bergantung kepada kapasiti kenderaan masing-masing.



“Mesyuarat khas menteri hari ini memutuskan untuk benarkan kereta persendirian membawa penumpang bukan ahli keluarga bermakna boleh membawa rakan sekerja atau kawan dan sebagainya.

“Sekarang kita benarkan mereka bawa penumpang yang bukan daripada keluarga dan rumah yang sama.

“Misalnya, jika ada yang ke pejabat secara beramai-ramai dalam satu kereta, ia kini dibenarkan,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sementara itu, Ismail Sabri turut berkata, pesawat penerbangan turut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh mengikut pra syarat tertentu.

Katanya, antara pra syarat termasuk suhu penumpang perlu direkodkan terlebih dulu dan diwajibkan memakai penutup muka sepanjang perjalanan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here