Ingin beli nombor plat untuk yang tersayang? Bidaan nombor plat ‘SYG’ kini dibuka

12754

Nombor pendaftaran kenderaan atau lebih dikenali sebagai nombor plat tidak membawa apa-apa maksud kepada sesetengah pemilik kenderaan. Namun bagi penggemar nombor pendaftaran kenderaan yang membawa maksud tertentu kepada mereka dan unik, mereka sanggup membeli atau menyertai bidaan nombor plat dengan harga yang tinggi. 

bidaan nombor plat

Sebagai contoh nombor plat “Malaysia 1” dibeli dengan harga RRM1,111,111 oleh Aldi International Sdn Bhd pada 2018.



Bagi anda yang mahukan nombor plat unik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan untuk siri nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf ‘SYG’.

Bidaan boleh dibuat melalui platform JPJeBid serendah RM300 untuk nombor biasa. Menerusi semakan di laman JPJeBID, nombor plat paling popular ‘SYG 1’ kini masih lagi berada pada harga RM20,000.

 

Nombor plat ‘SYG’ atau boleh diterjemahkan kepada ‘SAYANG’ mungkin boleh dihadiahkan kepada yang tersayang. 

Bidaan nombor plat ‘SYG’ ini dibuka pada harga bermula RM300 untuk nombor biasa, RM800 untuk nombor popular, RM3,000 untuk nombor menarik dan RM20,000 untuk nombor utama. Kenaikan bidaan minima pula adalah 5% daripada harga minima bidaan ini.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat bidaan, anda boleh ke laman web JPJeBID. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menerima pautan pengaktifan menerusi e-mel. Kemudian anda boleh membuat carian nombor yang diminati bagi melihat jumlah terkini bidaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here