Isuzu Malaysia tawar moratorium untuk pelanggan, khas untuk kenderaan dibeli dari 1 Jun hingga 31 Ogos

1436

Isuzu Malaysia telah menawarkan moratorium pinjaman untuk pelanggan Isuzu D-MAX bagi kenderaan yang dibeli dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Program pertama seumpamanya ini dalam segmen trak pikap dijalankan melalui kempen khas Isuzu dimana syarikat itu berharap agar pelanggan tidak perlu risau mengenai kewangan mereka selama tiga atau enam bulan.



Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki, objektif moratorium ini ialah untuk membantu rakyat Malaysia terus bergerak dalam tempoh pemulihan ini.

Kempen itu dijalankan dengan kerjasama Public Bank Berhad yang merangkumi hampir semua varian D-MAX, dengan sehingga 90 peratus pembiayaan dengan tempoh sehingga 84 bulan.

Isuzu D-MAX ditawarkan dengan enjin 1.9-liter Blue Power serba baharu. Kami telah memandu uji model dengan enjin baharu ini di Thailand tahun lepas, anda boleh baca laporannya di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai model D-MAX dan moratorium, layari https://isuzu.net.my/pickup/ atau pergi ke laman Facebook di https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here