Porsche 968 ditahan kerana tarik tab mandi guna treler buatan sendiri

1792

Sebagai salah satu kereta sport mewah, Porsche mempunyai standard yang tinggi dalam membawa seseorang penumpang. Walau bagaimanapun, standard tersebut tidak ada pada Porsche yang kami akan paparkan ini. 

Porsche 968

Ini kerana, kereta tersebut telah dijadikan pengangkut tab mandi. Menurut sumber, berdasarkan gambar yang tersebar di media sosial, seorang lelaki berusia 54 tahun telah ditahan oleh pihak polis di Woodstock, Kanada.



Dia ditahan setelah didapati memandu sambil mengangkut sebuah tab mandi menggunakan Porsche 968 miliknya.

Oleh kerana treler ciptaan sendiri yang digunakan untuk mengangkut tab mandi tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain, pihak polis telah mengambil tindakan terhadapnya.

“Sekiranya tab mandi jatuh dari treler buatan sendiri tersebut, ia akan menyebabkan kerosakan dan kecederaan serius pada sesiapa sahaja yang berada di jalan tersebut,” kata seorang pegawai polis Woodstock.

Untuk pengetahuan, Porsche 968 dikuasakan oleh enjin 3.0-liter 4-silinder yang mampu menghasilkan sehingga 237hp dan 305Nm tork.

Sudah tentu, dengan kuasa tersebut, kereta ini tidak mampu melarikan diri dari pihak polis, tambahan pula ketika mengangkut sebuah tab mandi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here