Polis Itali gagalkan rancangan penyeludupan 40 buah kenderaan keluar dari Kanada

1275

Hasil kerjasama pasukan penyiasat, pihak polis bahagian jenayah di daerah York, Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada (CBSA) dan pihak polis Itali, telah menemui lebih daripada 40 buah kenderaan yang dicuri dari Greater Toronto Area (GTA), Kanada.

polis itali 40 kenderaan

Hasil kerjasama dari kesemua pihak, 30 buah dari kenderaan tersebut berjaya disita di pelabuhan Itali, sementara 10 buah yang lain telah dirampas sebelum berjaya dieksport keluar dari Kanada.



30 buah kenderaan yang berjaya disita tersebut dianggarkan bernilai CAD1.5 juta (RM4.7 juta) dan 10 kenderaan yang berjaya dirampas sebelum dieksport tersebut dianggarkan bernilai CAD300,000 (RM940,637).

Anggota CBSA menghubungi polis daerah York pada bulan April 2020, setelah menandakan eksport Audi Q7 2018 sebagai kenderaan sama yang terlibat dalam siasatan kewangan yang sedang dijalankan.

Pasukan penyiasat kemudian menemui sejumlah kenderaan lain yang terlibat, dimana kebanyakannya dijadualkan dieksport ke luar negara. 

Pada 10 Jun, polis daerah York melaksanakan waran penggeledahan di RS Royal Services di Toronto, di mana mereka menemui bukti berkaitan dengan siasatan satu kes penipuan kewangan yang sedang dijalankan, dan beberapa kenderaan yang sedia untuk dieksport.

Eksport tersebut juga telah ditanda dan pasukan penyiasat menghubungi pihak berkuasa Itali kerana kontena penghantaran yang membawa kenderaan tersebut berada di persinggahan dua pelabuhan Itali. Destinasi terakhir bagi kenderaan tersebut adalah Libya atau Turki.

Pihak polis daerah York bekerjasama dengan pegawai CBSA dan pihak polis Itali untuk memastikan kenderaan tersebut dikembalikan kepada pemilik asal mereka yang berada di Kanada.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here