Bukan hanya kereta elektrik, Tesla juga hasilkan seluar pendek berharga RM297

1808

Bercakap mengenai Tesla, terdapat banyak cerita menarik dan kontroversi yang dihasilkan oleh CEOnya iaitu Elon Musk. Selepas berjaya menyaingi Toyota sebagai syarikat pengeluar kenderaan paling bernilai di dunia, Tesla sekali lagi membuat kejutan.

seluar pendek Tesla

Dikenali sebagai pengeluar kereta elektrik terlaris di dunia, Tesla tidak hanya menjual kereta. Di laman web rasmi mereka, kemeja-T, sweater, dan kabel pengecas buatan rasmi Tesla juga turut dijual.



Kali ini, Tesla memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu seluar pendek yang berwarna merah satin.

Menurut penerangan di Tesla Shop, “Raikan musim panas dengan Tesla Short Shorts. Berlari seperti angin atau berhibur seperti Liberace dengan reka bentuk satin merah dan hiasan emas kami.”

seluar pendek Tesla

“Bersantai di tepi kolam renang atau bersantai di dalam rumah sepanjang tahun dengan Short Shorts edisi terhad kami, yang menampilkan logo Tesla khas kami di hadapan dengan tulisan “S3XY” di bahagian belakang.”

“Seluar pendek edisi terhad kini boleh didapati,” kata CEO, Elon Musk melalui akaun Twitternya.

Seluar pendek yang diberi nama “Short Shorts” ini kini dijual dengan harga USD69.42 (RM297) di Tesla Shop. Sekiranya ditempah, seluar pendek ini akan dihantar dan sampai ke pemilik dalam masa 2 hingga 4 minggu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here