Menangi sebuah Ducati XDiavel S bila anda beli Mercedes di NZ Wheels

1305

Anda kini berpeluang memenangi sebuah Ducati XDiavel S dengan pembelian model Mercedes terpilih. Tawaran ini dibuat oleh NZ Wheels Sdn Bhd, pengedar bertauliah Mercedes-Benz di Malaysia melalui kempen NZ Wheels Double Celebration.

Berlangsung dari 13 Julai hingga 30 September 2020, kempen ini menawarkan peluang memenangi jentera XDiavel S berharga RM161,900 selain dari pengecualian cukai seperti diumumkan kerajaan.



Untuk setiap tempahan, pembelian dan penyerahan kenderaan Mercedes-Benz ini dari NZ Wheels Autohaus hanya akan terhad kepada SATU penyertaan sahaja.

Peserta hanya perlu mengisi boring peraduan dengan bukti pembelian untuk melayakkan diri. Segala maklumat terperinci pemenang akan dipaparkan di laman web NZ Wheels serta platform media sosial Instagram dan Facebook selama 30 hari selepas tamatnya peraduan.

Pemenang juga akan dihubungi melalui telefon dan akan dijemput untuk upacara penyampaian hadiah di premis NZ Wheels.

Untuk maklumat lanjut, lawati saluran media sosial NZ Wheels di Instagram (@nz_wheels) atau Facebook (@nzwheels), atau hubungi 018-204 7763.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here