Toyota hasilkan semula alat ganti 2000GT, masa untuk buat restorasi!

1666

Lebih setahun lepas, semasa Toyota melancarkan Supra baharu, mereka juga mendedahkan bahawa mereka akan menghasilkan semula alat ganti untuk Supra A70 dan A80.

Semestinya hal ini mendapat reaksi positif dari kalangan peminat dan dengan itu, pengeluar Jepun itu mengumumkan mereka akan turut mengeluarkan semula alat ganti untuk 2000GT.



Kami pasti ramai yang sudah tahu akan sejarah serta mengapa 2000GT ini menjadi lagenda dan sangat ikonik. Tetapi untuk mengingatkan semula, 2000GT dibangunkan pada 1967 dengan kerjasama Yamaha.

Ia mempunyai enjin 2.0-liter 6-silinder, empat brek cakera, tayar radial, lampu retractable, dan beberapa ciri lain. Paling penting, disebabkan ia agak ringan, 2000GT mampu mencapai kelajuan 220km/j yang Toyota katakan “setaraf dengan kereta sports Eropah pada masa itu”.

Berkenaan alat ganti itu, Toyota akan mengeluarkan gear, hab synchro, gasket, kit seal minyak, kit bearing, kit snap ring, thrust washer, dan shift fork untuk kotak gear manual 5-kelajuan pada 2000GT. Tambahan lagi, terdapat juga kit final gear dan skru ring gear jika anda ingin merestorasi differential kereta itu.

Disebabkan kereta ini sangat rare, Toyota ingin menjaga eksklusiviti alat ganti ini dan hanya akan menjualnya pada pemilik sebenar 2000GT. Selain itu, ini akan mengelakkan orang menjual semula (resell) dan menjaga harga barang ini.

Pesanan akan mula dibuka 1 Ogos ini sama ada melalui laman web Toyota Gazoo Racing atau pengedar-pengedar Toyota di Jepun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here