Minat kereta lumba old-school? Chevrolet Bel Air ini untuk dijual pada RM68k

2900

Memiliki dan menjaga kereta lama atau old-school merupakan hobi bagi sesetengah individu. Terutama jika kenderaan itu mempunyai kisahnya yang tersendiri, telah digunakan untuk acara penting, atau mempunyai penampilan yang berbeza daripada yang lain.

kereta antik

Salah satu contoh kereta lama yang kami akan paparkan ialah Chevrolet Bel Air keluaran tahun 1957. Kereta ini pernah digunakan semasa perlumbaan Dirt Track yang merupakan salah satu perlumbaan paling popular pada ketika itu.



Bel Air ini tidak mempunyai kesan warna yang cantik dan hiasan chrome seperti kereta klasik lain. Bahagian badan, bampar hingga lampunya disertakan dengan warna putih. Selain itu terdapat beberapa logo penaja dan nombor 9 pada bahagian pintu kereta ini.

Kereta ini juga tidak dilengkapi dengan komponen yang lengkap untuk digunakan di jalan raya. Ini kerana komponen utama seperti lampu hadapan dan belakang, lampu isyarat, dan cermin pandang sisi tidak terdapat padanya, sesuai dengan spesifikasi sesebuah kereta lumba.

Untuk ruangan dalam, kereta ini disertakan dengan tayar simpanan dan roll cage, yang berfungsi sebagai perlindungan kepada pemandu jika mengalami kemalangan.

kereta antik

Kereta ini dipercayai pernah dipandu oleh Paul Moore, bekas pemandu NASCAR yang aktif dalam Grand National Series dan Winston Cup pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Kerana dicipta sebagai kereta lumba, kereta klasik ini disertakan dengan enjin V8 5.7-liter, dan juga disertakan dengan transmisi 3-kelajuan. Chevrolet Bel Air ini kini sedia untuk dijual dengan harga USD15,995 (RM68,306).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here