Koleksi kereta milik pemain baru Chelsea, termasuk Audi RS6-R yang telah dinaik taraf!

2358

Pemain baru Chelsea, Hakim Ziyech dikatakan menaik taraf Audi RS6-R yang menelan belanja hampir menyamai harga jentera berkenaan.

Dengan nilai demikian, tidak pelik bagi Ziyech untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kereta tersebut selepas beliau menyertai The Blues dengan kontrak £100,000 (RM538,484) seminggu.

 pemain baru Chelsea



Antara proses naik taraf yang dilakukan oleh pemain sayap ini pada Audi RS6-R miliknya ialah dengan memasang pakej ABT yang telah dinaik taraf, yang berharga sekitar £70,000 (RM376,939). 
Nampaknya, beliau tidak suka memandu jentera dengan spesifikasi standard itu.

Koleksi kereta Hakim Ziyech: Naik taraf Audi RS6-R.

Berdasarkan posting di Instagram milik vdmcars, Hakim Ziyech dilihat bersama Audi RS6-R miliknya, dipercayai telah ditala oleh syarikat dari Jerman iaitu ABT. ABT telah mengubahsuai sebanyak 125 unit Audi RS6-R.

Spesifikasi kereta milik Ziyech yang belum dikenal pasti, namun pecutan dari 0-100km/j kereta ini sudah tentu akan lebih cepat daripada apa yang mampu dilakukan oleh model standardnya. Pada model standard, kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 730bhp.

Menurut sumber, kereta Ziyech yang telah diubahsuai ini mampu mencapai kelajuan tertinggi pada 320km/j, yang juga lebih pantas dari RS6 biasa. Sistem ekzos yang disertakan dengan keluli tahan karat (stainless steel) pada kereta Ziyech juga mampu menghasilkan bunyi seperti sebuah muscle car.

Naik taraf yang dilakukan oleh Ziyech pada keretanya juga bahkan menelan belanja hampir menyamai harga sebuah Audi RS6 baru, yang berharga £92,000 (RM495,405).
 
Koleksi kereta Hakim Ziyech: peminat fanatik Lamborghini.
 
Audi Audi RS6-R yang telah dinaik taraf ini merupakan antara koleksi kereta milik Hakim Ziyech termasuk dua buah Lamborghini. Pemain baru Chelsea ini dilaporkan turut memiliki Lamborghini Aventador yang bewarna merah (RM1.5 juta) dan Lamborghini Urus (RM861,171).
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here