Shaheizy Sam datang tengok Yamaha RX-Z RM70k

2470

Sebelum ini kami ada melaporkan berhubung sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang bernilai RM70,000. Baru-baru ini, pemilik motosikal tersebut iaitu Tuan Putera Amirul Tuan Muda didatangi seorang selebriti iaitu Shaheizy Sam untuk melihat sendiri motosikal yang biasa digelar sebagai “The Boss” tersebut.

Kehadiran selebriti itu membuatkan pemiliknya rasa teruja apabila menerima panggilan dari wakil Shaheizy Sam, yang berhasrat untuk berjumpa serta melihat sendiri motosikal RX-Z Millenium.



Selepas kisah motosikal yang berharga RM70,000 itu tular di laman sosial, banyak pihak termasuk peminat RX-Z yang menghubunginya untuk berjumpa. Namun, difahamkan bukan semua permintaan itu ditunaikan atas faktor keselamatan. 

Yamaha RX-Z

Walau bagaimanapun, Amirul dikatakan tidak mampu menolak permintaan Shaheizy Sam, yang berminat untuk melihat sendiri motosikal viral tersebut. Dia juga telah dipelawa oleh Sam, untuk turut berlakon dalam video pendek yang akan dihasilkan oleh pelakon tersebut di Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Amirul juga mendakwa bahawa Yamaha RX-Z itu sudah pun dibeli oleh seorang ahli perniagaan, yang sudah membayar wang pendahuluan sebanyak RM30,000. Harga motosikal tersebut juga telah dikurangkan menjadi RM69,000.

Sebelum ini, Amirul mendakwa bahawa dia sudah membelanjakan lebih RM50,000 untuk membaik pulih dan menukar pelbagai komponen lama kepada baru tulen.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here