Jaguar E-PACE ini SUV premium kompak terkini di Malaysia, dilengkapi ciri pintar Smart Settings

1326

Jaguar E-PACE telah beberapa tahun berada dalam pasaran global, dan akhirnya tiba di Malaysia. Ia akan memberi saingan kepada segment SUV premium kompak, dengan model-model seperti BMW X3, Audi Q5, Mercedes GLC dan Porsche Macan.

Ia dipacu oleh enjin 2.0-liter turbo petrol Ingenium yang mampu menjana 200hp dan 320Nm tork. Dipadankan dengan transmisi automatik 9-kelajuan, membolehkan SUV ini mencapai 100km/j dalam hanya 8.2 saat.



Enjin Ingenium ini juga mempunyai ciri turbo twin-scroll, variable valve lift dan variable cam timing yang memberikan kuasa dan kecekapan penggunaan bahan api. Terdapat juga penapis yang menjadikan enjin ini lebih bersih.

Model E-PACE 2020 ini turut dilengkapi Smart Settings iaitu sistem yang “mempelajari” tabiat dan cara pemandu seterusnya menyesuaikan keperluan mereka untuk pemanduan yang mudah dan menyeronokkan.

Sistem ini dihidupkan apabila anda mula menghampiri kereta dan mengenali anda dari kunci atau telefon pintar yang dipegang. Kemudian, ia akan melaras tempat duduk, tetapan pendingin hawa, sistem infotainmen, semuanya mengikut pemandu.

Sedikit demi sedikit, ia akan turut mengetahui tetapan anda yang lain seperti masa, lokasi, cuaca dan kelakuan.

Ciri Intelligent Phone Reminder akan mengingatkan pemandu sekiranya mereka tertinggal telefon pintar, dan Predictive Call List mengatur susunan nombor telefon yang biasa dihubungi.

Ciri keselamatan termasuklah enam beg udara, Driver Condition Monitor, Lane Keep Assist, Park Assist dan Rear Traffic Monitor.

SUV kompak terkini dari Jaguar ini dijual pada harga RM403,216.67 tanpa cukai dan insurans. Harga ini juga ialah selepas pengecualian 50 peratus cukai jualan yang diperkenalkan di bawah pelan janaan ekonomi PENJANA.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here