Pusat pengedar Hyundai di Brazil lantik anjing terbiar jadi pekerja

1432

Sebuah pusat pengedar Hyundai yang terletak di Serra, Espirito Santo, Brazil telah melantik seekor anjing terbiar menjadi pekerja tetap mereka.

anjing hyundai

Diberi nama Tuscan Prime, anjing tersebut diberikan tempat tinggal bahkan mempunyai kad pengenalan pekerja khas diletakkan pada lehernya. Tugasnya ialah untuk memberi penghormatan dan menyambut pelanggan yang berkunjung ke pusat pengedar tersebut.



Tuscan difahamkan sering bergaul dengan pekerja pusat pengedar tersebut, sehingga mereka semua bersepakat menjadikan Tuscan pekerja tetap bermula bulan Mei.

“Perkenalkan Tucson Prime, seekor anjing jurujual di pusat pengedar Hyundai Prime,” tulis Hyundai dalam akaun Instagram @Hyundaibr.

Tuscan juga mempunyai akaun Instagram sendiri dengan lebih daripada 28 ribu pengikut.

Cerita mengenai Tuscan ini viral di media sosial dan turut mendapat perhatian dari salah seorang selebriti India iaitu Swastika Mukherjee berkata.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here