LPT3: Pelaksanaan diluluskan, kos kerja awalan RM35 juta

773

Menteri Kanan Infrastruktur yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan pembinaan Lebuh Raya Pantai TImur Fasa 3 (LPT3) diluluskan menerusi satu surat bertarikh 3 Julai 2019 daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Imej: Astro Awani

Kelulusan itu melibatkan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta. Menurut Fadillah, kerja awalan projek tersebut akan bermula pada Ogos 2020 dan dijangka siap April 2022.

“Oleh yang demikian, hala tuju, skop dan tarikh pelaksanaan bagi projek LPT3 ini hanya dapat dimuktamadkan setelah laporan kerja awalan bagi projek ini diperoleh,” katanya beberapa hari lepas.

Pada 7 Mac 2019, Menteri Hal Ehwal Ekonomi (ketika itu) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kini Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) telah mengumumkan lima projek yang diluluskan di Kelantan iaitu antaranya pembinaan LPT3 sejauh 150 kilometer (km) bermula dari Gemuroh, Terengganu ke Tumpat, Kelantan.

Sementara itu, berhubung projek laluan ‘Central Spine Road’ (CSR), Fadillah berkata ia dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keutamaan kepada aspek keselamatan, kesesakan lalu lintas dan kesinambungan jajaran.

Menurutnya sehingga kini, jajaran sepanjang 224km telah diluluskan untuk pelaksanaan iaitu 165.1km di Pahang (Pakej 3, 4 dan 5) dan 58.9km di Kelantan (Pakej 2 dan 3).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here