Guna cek palsu beli Porsche 911 Turbo, seorang lelaki Florida ditahan

1514

Seorang lelaki di Florida telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana membeli sebuah Porsche dan cuba membeli tiga unit jam tangan Rolex menggunakan cek palsu yang dicetak sendiri di rumah menggunakan komputer.

porsche cek palsu

Menurut pejabat Sheriff Walton County, Casey William Kelley, 42 telah ditahan atas kesalahan mencuri kereta dan mengemukakan kenyataan bank palsu.



Dia membeli sebuah Porsche 911 Turbo di sebuah pusat pengedar yang terletak di Destin menggunakan cek palsu yang bernilai USD139,203 (RM583,260).

 
Dia juga difahamkan cuba membeli tiga unit jam tangan Rolex menggunakan cek palsu yang berjumlah USD61,521 (RM257,772) pada keesokan harinya.
 
Walau bagaimanapun cubaan tersebut gagal kerana jurujual tidak memberikan jam tersebut hingga mendapat pengesahan mengenai status cek tersebut.
 
Ketika pusat jualan jam tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa tentang cek palsu tersebut, Kelly telah ditahan di penjara dengan jaminan sebanyak USD10,000 (RM41,900) dan menunggu perbicaraan.
 
Dia walau bagaimanapun belum mengemukakan sebarang pengakuan.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here