Petrol vs elektrik: Yang mana menang bila Porsche 911 Turbo S berlumba dengan Porsche Taycan Turbo S?

1917

Porsche 911 Turbo S 2020 terbaharu memang cemerlang, ia mempunyai banyak penambahbaikan berbanding model sebelumnya (seperti dijangka). Dan ia kini 911 Turbo paling pantas dan berkuasa pernah dihasilkan.

Tetapi jangan lupa, ada satu lagi kenderaan dari Stuttgart yang boleh menandingi 911. Walaupun ia senyap, kereta ini tetap suatu ancaman.

Ya, ia sebuah kereta elektrik sepenuhnya, iaitu Porsche Taycan Turbo S, dan ia mempunyai ciri keupayaan sama seperti 911 Turbo S. Dan ya, kami tahu Taycan ini tidak mempunyai sebarang turbo.



Carwow telah menjalankan satu perlumbaan drag melibatkan kedua-dua model Porsche berprestasi tinggi ini.

Spesifikasi 911 Turbo S:

Enjin: 3.8-liter twin-turbo flat-six
Kuasa: 640hp
Tork: 800Nm
Pecutan 0-96km/j: 2.6 saat

Spesifikasi Taycan Turbo S:

Motor: Dua motor elektrik dengan magnet segerak
Kuasa: 616hp (750hp dalam mod Overboost)
Tork: 1,049Nm
Pecutan 0-96km/j: Kurang 2.8 saat

Nampak seperti Taycan lebih berkuasa, tetapi harus diingat, dengan berat 2,313kg, ia hampir 700kg lebih berat dari 911 (1,640kg). 

Selain berat kereta, tahap cengkaman, reaksi masa dan berat pemandu juga memainkan peranan dalam sesuatu drag race.

Carwow menjalankan ujian pecutan dari pegun, rolling start dari kelajuan rendah, ujian brek.

Sebelum anda tonton video di bawah, cuba teka kereta mana yang akan menang?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here