Minum Starbucks, anda berpeluang menangi sebuah Peugeot 3008!

1964

Dengan hanya meminum kopi di Starbucks, anda berpeluang memenangi sebuah Peugeot 3008 SUV melalui peraduan Starbucks Sip & Win.

Peraduan ini ialah hasil kerjasama Nasim Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Peugeot di Malaysia dengan Starbucks Malaysia. Pelbagai hadiah lain ditawarkan dengan nilai sehingga RM160,000.



Peugeot 3008 ialah SUV 5-tempat duduk yang dikuasakan oleh enjin 1.6-liter THP dengan 167hp dan 240Nm tork.

Ia dilengkapi ciri-ciri premium seperti lampu depan dan belakang LED, bumbung panoramik, pintu but berkuasa, dan Peugeot i-Cockpit dengan paparan digital sepenuhnya bersaiz 12.3-inci.

Untuk menyertai pertandingan ini mudah saja, hanya belanja RM30 dalam satu resit di mana-mana cawangan Starbucks menggunakan kad Starbucks atau aplikasi mudah alih dari 1 September hingga 30 September 2020.

Peraduan ini terbuka kepada semua ahli Starbucks Rewards berumur 18 tahun dan ke atas yang tinggal di Malaysia.

Selain hadiah utam, Starbucks Malaysia turut memberikan lima Sony WH-1000MX Wireless Headphones, tujuh Holiday Edition Swarovski Tumbler dan 50 kad Starbucks dengan nilai terisi.

Cabutan untuk tiga hadiah utama termasuk Peugeot 3008 akan dibuat di depan orang ramai awal tahun depan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://peugeot.com.my/starbucks-sip-win-contest.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here