Wira sebenar! Lelaki ini sanggup campak motosikal demi selamatkan bayi

1347

Sudah menjadi lumrah bagi bayi yang berusia kurang daripada setahun lincah bermain dan aktif bergerak kerana mereka masih lagi dalam proses belajar mengenali dunia.

Oleh sebab itulah para ibu bapa perlu sentiasa mengawasi pergerakan anak yang masih kecil, bimbang kalau terjatuh atau terlibat dalam kemalangan yang tak disangka-sangka seperti yang hampir berlaku pada kejadian ini.



Menerusi perkongsian video di laman Twitter, seorang bayi hampir cedera atau kehilangan nyawa selepas walker yang dinaikinya menggelongsor turun merentasi jalan yang curam. 

Namun mujurlah bayi itu tidak apa-apa selepas dia diselamatkan oleh seorang lelaki berhati mulia yang sedang melalui jalan tersebut dengan menunggang motosikal.

Di dalam video tersebut dapat dilihat lelaki berkenaan bertindak pantas dengan mencampak motosikal dan beg galasnya ke tepi sebelum berlari mengejar walker bayi berkenaan dan menahan ia sebelum meluncur dengan lebih jauh lagi.

campak motosikal

Tindakan lelaki tersebut mendapat pujian netizen yang menganggapnya sebagai hero kepada bayi itu. 

Video tersebut kini mencapai 236,600 tontonan dan 16,600 likes ketika artikel ini ditulis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here