Kereta peronda dibaling ‘bearing’, dua anggota JPJ cedera terkena serpihan cermin

2383

Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah cedera di muka apabila terkena serpihan cermin hadapan kereta peronda yang dinaiki mereka, difahamkan akibat dibaling objek ‘bearing‘.

Kejadian dipercayai berlaku ketika dua anggota berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Cina menghala ke Titi Akar, Pendang.



Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Sharif, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa dua anggota berusia 30-an itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.45 tengah hari ketika dua anggota terbabit dalam proses mengiringi tiga lori yang diambil tindakan kerana membawa lebih muatan.

“Namun ketika dalam perjalanan ke pejabat, kenderaan kami dipercayai dibaling objek ketulan besi (bearing).

“Ketika itu, mereka ternampak dua individu tidak dikenali menunggang motosikal yang disyaki melakukan perbuatan itu,” katanya.

Ismasuhaimi berkata, anggotanya kemudian membuat laporan di Balai Polis Pendang sejurus kejadian itu.

JPJ cedera

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis berhubung insiden berkenaan.

“Dalam insiden itu, kenderaan kami turut mengalami kerosakan pada cermin sisi, selain cermin hadapan pecah,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here