Polis terima macam-macam alasan tak masuk akal permohonan rentas negeri

1897

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menerima pelbagai alasan permohonan rentas negeri sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan pada 14 Oktober.

permohonan rentas negeri

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah menerima 4,700 permohonan manakala 53 daripadanya telah ditolak atas pelbagai alasan.



Antara alasan tidak masuk akal yang diterima adalah saja berjalan-jalan, bosan duduk di rumah, hendak bermain golf, pergi berjumpa kawan, ingin menghadiri jamuan hari jadi, hendak menghantar haiwan peliharaan untuk disimpan di hotel haiwan (pet boarding), memancing dan beriadah.

permohonan rentas negeri

Selain itu, terdapat juga permohonan diterima pihak polis, untuk menaiki kenderaan persendirian melebihi dua orang dan permohonan seperti ini terpaksa ditolak kerana ia jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang sedang dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, bagi tempoh berkenaan, sebanyak 61 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar SOP PKPB seperti tidak memakai topeng muka, mengabaikan penjarakan fizikal, menaiki kenderaan persendirian melebihi dua orang selain premis yang tidak menyediakan alat pemeriksaan suhu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here