Ejen insurans sengaja bakar 8 kereta termasuk Mercedes-Benz dan Bentley demi komisen

1722

Seorang lelaki ditahan di sebuah hotel sebuah pusat peranginan selepas difahamkan terlibat dengan tiga kejadian berasingan membakar lapan buah kereta yang diletakkan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Putramas, Kuala Lumpur.

membakar kereta

Suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans itu disyaki akan mengenalpasti semua pemilik kenderaan yang menjadi sasarannya sebelum berpakat dengan pemilik kenderaan untuk membakar kereta mereka.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, modus operandi suspek adalah untuk mendapatkan komisen tuntutan insurans daripada pemilik kenderaan yang dibakarnya secara sengaja.

gambar hiasan

“Sepanjang tahun ini terdapat tiga kes membabitkan kejadian kenderaan yang dipercayai sengaja dibakar oleh suspek yang sama sehingga mendatangkan kegusaran kepada penduduk di kawasan setempat di Jalan Putramas, katanya.

“Kejadian pertama dilaporkan pada 9 Jun lalu membabitkan tiga kenderaan, sebelum tiga lagi kenderaan dibakar pada 4 Julai lalu dan dua kenderaan dikesan dibakar dan kejadian berlaku antara jam 12.30 tengah malam hingga jam 4.30 pagi Isnin lalu sebelum dia ditahan.

membakar kereta

Tambah Nik Ros Azhan, antara kenderaan yang dibakar adalah Mercedes Benz, Bentley, Toyota, Perodua dan Nissan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 475 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat ini dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti pemilik kenderaan berkenaan untuk tindakan lanjut, katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here