Prototaip Honda Civic 2022 didedah – Ada gaya Audi atau Accord?

172

Selepas beberapa imej terdedah beberapa hari lepas, Honda hari ini membuat pengenalan global kepada prototaip Civic generasi ke-11.

Ia kini nampak lebih moden, mirip kepada model segmen-D, iaitu Accord. Kurang lekuk, bentuk lebih bersegi, dan rekaan dalaman lebih moden dan minimalistik.

Jualan hanya bermula tahun depan, dan varian bentuk badan yang akan ditawarkan adalah hatchback, Si, dan Type-R. Tiada lagi versi coupe dua pintu seperti dijual di pasaran Amerika Tengah pada masa sekarang.

Antara elemen yang dapat dilihat adalah lencana Honda krom, rim hitam berkilat 19-inci dengan 10-bilah, tayar Michelin Pilot Super Sport 235/35, dan dua ekzos bujur.

Tapi hanya ini saja dapat kita katakan buat masa ini kerana Honda belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi dalaman, suspensi atau powertrain (enjin dan transmisi).

Ia juga akan dibina dari platform Civic sedia ada, tetapi yang lebih baharu, jadi mungkin terdapat beberapa talaan pada casis.

Transmisi manual sepatutnya ditawarkan secara standard, cuma mungkin harapan tipis untuk ia ditawarkan di Malaysia. Atau mungkin Honda Malaysia akan buat kelainan kali ini?

Muncung depan Civic ini lebih panjang, dan ini menambah overhang depan sebanyak 1-inci. Overhang belakang pula kini lebih lebih pendek.

Lampu depan dan belakang LED adalah unit produksi, dan dihubungkan oleh garisan halus yang memanjang.

Buat pertama kali, boleh dikatakan Honda Civic akan didatangkan dengan kluster instrumen digital yang boleh diubah paparan. Selain itu, dapat dilihat juga tiga butang kawalan pendingin hawa, dan skrin sesentuh 9-inci yang terletak lebih tinggi.

Apa pendapat anda mengenai Civic serba baharu ini? Ada gaya Audi A4 atau Accord atau Acura TLX?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here