Tesla diarah hentikan penebangan pokok di Gigafactory Jerman kerana ganggu hibernasi ular

1222

Pengeluar kenderaan elektrik, Tesla diperintahkan oleh mahkamah di Jerman untuk menghentikan penebangan pokok di Gigafactory mereka di Berlin. 

tesla gigafactory

Tindakan ini dilakukan bagi mengelakkan gangguan terhadap hibernasi ular di kawasan tersebut.



Walaupun pembinaan kilang tersebut mendapat sokongan pihak kerajaan, Tesla menghadapai masalah dengan kumpulan pencinta alam sekitar kerana untuk membangunkan kilang tersebut, sebahagian besar dari hutan di Brandenburg perlu ditebang.

tesla gigafactory

Tesla difahamkan telah meratakan tanah seluas 90 ekar, dan akan menanam tiga kali lebih banyak daripada jumlah pokok yang ditebang sepanjang proses tersebut.

Namun, kumpulan pencinta alam sekitar tetap menentang projek pembangunan kilang ini, kerana menurut mereka, penebangan hutan akan memberi kesan negatif terhadap ekosistem.

Kesatuan Pemuliharaan Alam Brandenburg (Nabu) difahamkan telah mengajukan tuntutan untuk menghentikan proses pembangunan kilang tersebut dan pihak mahkamah mengarahkan Tesla menghentikan sementara penebangan hutan sehingga mereka membuat kata putus.

Selain ular, penebangan hutan pada kawasan tersebut juga dikhuatiri akan menjejaskan beberapa spesis cicak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here