Mercedes C-Class Coupe ‘barai’ dikerjakan pencuri

1854

Kenderaan yang diletakkan di luar rumah tanpa garaj khas berisiko besar untuk dicuri. Kes ini berlaku kepada seorang lelaki di United Kingdom, dimana bukan keretanya yang hilang, malah komponen pada kereta tersebut dileraikan oleh pencuri.

Pasangan yang dikenali sebagai Paul Hampton, 56 dan isterinya Jacqui Heeley, 54 dikejutkan oleh jiran mereka yang memberitahu supaya memeriksa Mercedes-Benz C-Class Coupe (kami tidak pasti model varian apa) milik mereka yang diparkir di luar rumah.



Pasangan suami isteri ini terkejut apabila mendapati kereta mereka tidak hilang, malah kompenen dari kereta tersebut seperti pintu, bonet hadapan, roda dan tempat duduk telah dicuri.

Mercedes-Benz C-Class AMG

Kereta tanpa roda tersebut bahkan ditinggalkan di atas batu bata. Pencuri juga difahamkan cuba untuk mencuri tempat duduk dan lampu belakang namun gagal. 

“Ketika saya melangkah keluar dari pintu rumah, saya tidak percaya apa yang saya lihat. Mereka tidak merosakkan kompenen kereta yang lain, hanya komponen tersebut yang dicuri, kata Paul.

“Ini adalah kerja pencuri profesional dan berkemungkinan mereka bekerja dalam pasukan yang terdiri dari lima atau enam orang bagi menjimatkan masa, tambahnya.

Mercedes-Benz C-Class AMG

Paul dan isterinya difahamkan telah memiliki Mercedes C-Class Coupe tersebut sejak April 2018.

Anggota forensik polis yang menjalankan siasatan untuk mencari sebarang cap jari menyatakan tidak banyak bukti yang dapat ditemui. Namun, kes ini masih dalam siasatan.

Mercedes-Benz C-Class AMG

Paul turut menawarkan hadiah wang tunai bernilai £1,000 (RM5.4k) kepada sesiapa yang berjaya memberikan maklumat sehingga pencuri tersebut berjaya diberkas. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here