BMW M240i dan BMW X5 dicuri dari litar Cadwell Park

950

Walaupun jarang kita dengar, kes kecurian di litar perlumbaan tidak mustahil boleh berlaku, seperti di kes litar Sepang pada acara MotoGP 2019 yang lalu.

gambar hiasan

Kes kecurian tersebut melibatkan lima pasukan Moto3 dan satu pasukan Moto2. Kisah kecurian yang kami akan ceritakan ini juga berlaku di litar perlumbaan, tetapi melibatkan dua buah kenderaan.

Pengendali litar terkemuka, MotorSport Vision telah membuat pengumuman bahawa sebuah kenderaan keselamatan (Safety Car) dan sebuah kenderaan perubatan (Medical Car) dicuri di litar Cadwell Park pada hari Selasa pagi.



Pihak polis dari Lincolnshire kini sedang kes kecurian tersebut yang melibatkan sebuah BMW M240i dan BMW X5.

Kenderaan keselamatan dan perubatan
BMW M240i

“Ini adalah masa yang sukar bagi kami. Kami tidak dapat beroperasi buat masa sekarang disebabkan pandemik Covid-19, jadi kes kecurian seperti ini sudah tentu tidak banyak membantu kami,” kata pengurus operasi MotorSport Vision, Giles Butterfield.

Selain kenderaan yang dicuri, peralatan penyelenggaraan juga turut hilang. Sistem keselamatan IT dan sistem keselamatan di tempat kejadian telah dirosakkan, dimana hal ini menyukarkan mereka untuk menjejaki dua kenderaan tersebut.

“Kenderaan tersebut cukup mudah untuk dikenali, kerana ianya dilengkapi dengan beberapa tulisan pada bahagian badan dan juga mempunyai lampu pada bahagian bumbung. Semoga teknologi yang ada dan laporan dari orang ramai membantu kami mengesannya dengan cepat,” tambahnya. 

BMW M240i dan BMW X5
BMW X5

Untuk makluman, MotorSport Vision dikendalikan oleh bekas pelumba Formula 1, Jonathan Palmer.

Mereka mengalami kerugian kewangan yang besar tahun lepas berikutan pandemik Covid-19, dimana aktiviti seperti mesyuarat perlumbaan, pertandingan dan ujian terhadap jentera tidak dapat dijalankan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here