Padah beli Toyota C-HR dalam talian, anggota tentera rugi RM13,150

1008

Hasrat seorang anggota tentera membeli Toyota C-HR pada harga murah melalui media sosial membawa padah apabila mendakwa kerugian RM13,150 selepas ditipu ‘penjual’.

gambar hiasan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa yang berusia 21 tahun mendakwa berminat membeli kereta itu selepas melihat ia diiklankan pada harga RM18,000 di Facebook pada 20 Januari lalu.

Katanya, mangsa mendakwa sudah menghantar pesanan ke aplikasi WhatsApp yang terdapat di iklan itu dan berurusan dengan seorang suspek lelaki.



“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat bayaran secara dalam talian, sebelum boleh menerima kereta itu,” kata Mohd Wazir.

“Mangsa mendakwa selesai membayar RM13,150 menerusi tiga transaksi dan berhasrat menyelesaikan bayaran apabila menerima Toyota C-HR itu, namun suspek dikatakan terus mendesak dia membuat bayaran penuh,” tambahnya.

 Toyota C-HR

Lanjut Mohd Wazir, tindakan suspek yang berkeras menuntut baki bayaran sebanyak RM5,000 menyebabkan mangsa berasa curiga dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, semalam.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mohd Wazir juga menasihatkan orang ramai untuk menyemak kesahihan penjual dan barangan yang dibeli sebelum membuat transaksi wang bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here