Cikgu sekolah memandu lari selepas langgar motosikal, dapat dikesan kerana nombor plat tertanggal

2475

Beberapa hari lalu tular di laman Twitter satu rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah Perodua Kancil melanggar seorang penunggang motosikal di simpang empat.

melanggar motosikal

Video tersebut telah dimuat naik oleh kakak mangsa, Nabilah. Menerusi video tersebut jelas kelihatan, motosikal yang dilanggar meluncur laju dan penunggang tercampak ke jalan.



Tidak hanya setakat itu, pemandu Perodua Kancil berkenaan terus berlalu tanpa berhenti untuk melihat keadaan penunggang motosikal tersebut.

Disebabkan kejadian itu, Nabilah berkata adiknya mengalami luka di bahagian muka dan keadaan motosikal hancur teruk akibat kemalangan tersebut.

Namun, pemandu Perodua Kancil berkenaan berjaya dikesan apabila nombor plat kereta berkenaan tertanggal ketika kejadian. Hasil siasatan mendapati, pemandu tersebut merupakan cikgu sekolah memandu.

Namun, timbul pendebatan dikalangan warganet yang mengatakan sama ada ianya salah pemandu Perodua Kancil atau penunggang motosikal tersebut.

Bagaimanapun, menerusi satu status, adiknya difahamkan tampil memuat naik laporan polis trafik mengatakan bahawa pemandu Perodua Kancil tersebut yang bersalah kerana sepatutnya dia berhenti di simpang tersebut.

melanggar motosikal

Keluarga mangsa difahamkan sudah berjumpa dengan pemandu Perodua Kancil berkenaan dan dia sudah mengakui kesalahannya. Kata pemandu Kancil tersebut dia tidak berhenti kerana terlalu panik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here