214 pengusaha bas dan van sekolah di Kelantan terpaksa gulung tikar

1476

Seramai 214 pengusaha bas sekolah di Kelantan hilang punca pendapatan sejak hampir setahun lalu, berikutan penutupan sekolah akibat wabak Covid-19.

Ada dalam kalangan mereka terpaksa menjual van dan bas dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, demi meneruskan kehidupan dan tidak mampu menampung kos operasi.



Menurut Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohamad Nuhairi Wan Hamat, pengusaha bas sekolah kini amat terdesak berikutan kehilangan punca pendapatan.

“Kami seolah-olah sudah gulung tikar, apatah lagi jika penutupan sekolah terus disambung,” kata Wan Mohamad Nuhairi.

“Ada yang terpaksa menjual bas mereka kerana tidak mampu menampung kos operasi setiap bulan. Kami memohon pihak yang berkaitan, termasuk kerajaan negeri tampil membantu kami untuk meneruskan kehidupan,” tambahnya.

pengusaha bas sekolah

Lanjut Wan Mohamad Nuhairi, antara keperluan pengusaha ialah kerajaan membantu dari segi memudahkan pinjaman bank.

“Sebelum ini ramai ahli terpaksa membuat pinjaman melalui syarikat kredit kerana bank enggan memberi pinjaman bagi pembelian bas sekolah.

“Keadaan itu menyebabkan pengusaha bas terpaksa menanggung kadar faedah yang tinggi,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here